Kemaskini Sistem

Senarai penambahbaikan, pembaikan dan ciri baru yang telah dan akan dilaksanakan untuk sistem e-Rekod.

Dirancang

Eksport laporan keseluruhan kelas (PDF)

Sejarah Kemaskini

6 Nov 2026

BaruHeadcount: Isi Pantas

Kertas peperiksaan jarang tersusun ikut nama, jadi mencari baris murid dalam jadual memakan masa. Di Headcount, kotak Isi pantas kini berada di atas jadual. Taip dua atau tiga huruf nama murid, tekan Enter, taip markah dan tekan Enter lagi. Markah terus disimpan dan kotak carian sedia untuk kertas seterusnya. Murid yang belum ada markah dipaparkan dahulu dalam hasil carian, dan Cikgu boleh tukar lajur peperiksaan di sebelah kotak itu.

2 Nov 2026

TambahbaikPortal Ibu Bapa: Semua Menu Terus Kelihatan di Telefon

Di portal ibu bapa, semua menu rekod anak (Rekod Token, Rekod PBD, Peperiksaan, Bukti Hasil Kerja, Semakan Buku, Hasil Kerja dan Kuiz) kini disusun dalam grid dan terus kelihatan di skrin telefon. Sebelum ini menu itu berada dalam satu baris, dan ibu bapa perlu menatal ke tepi untuk menjumpai Hasil Kerja dan Kuiz.

BaikiTitik Kuning pada Loceng Kini Ikut Akaun

Bila Cikgu membuka halaman Kemaskini, titik kuning pada loceng kini hilang di semua peranti, termasuk telefon. Sebelum ini setiap peranti mengingatnya secara berasingan, jadi titik itu kekal di telefon walaupun Cikgu sudah membacanya di komputer.

30 Okt 2026

TambahbaikCalon TP6 Kini Dicadang TP6

Murid yang bertanda Calon TP6 kini terus dicadangkan TP6, bukan TP5. Syaratnya tidak berubah: markah 90 ke atas (atau purata PBD 5.0 ke atas) dan token dalam suku teratas kelas. Sebab cadangan menyatakannya, dan Cikgu masih boleh menukar TP sebelum menyimpan. TP yang sudah disimpan tidak berubah.

TambahbaikTP Terendah: Pilihan TP4

Di halaman Cadangan TP, TP terendah kini ada pilihan TP4. Bila dipilih, murid yang markahnya di bawah julat TP5 dicadangkan TP4. Murid PSV yang belum menghantar karya tetap bertanda Cikgu tentukan. Lalai tidak berubah: TP2 bagi subjek teras dan TP3 bagi subjek elektif.

29 Okt 2026

BaruCadangan TP: Tetapan TP Terendah

Di halaman Cadangan TP, pilih TP terendah bagi setiap subjek: TP1, TP2 atau TP3. Murid yang markahnya di bawah julat dicadangkan pada TP terendah itu, dan sebab cadangan menyatakannya. Lalai bagi subjek teras ialah TP2 dan subjek elektif TP3, kerana TP1 lebih sesuai untuk murid yang belum menguasai asas. Murid yang memang TP1 boleh ditetapkan satu demi satu. Rekod PBD yang sudah diisi tidak terkesan.

TambahbaikPengesahan sebelum Terima Semua

Butang Terima semua cadangan dan Terima semua Usaha kini bertanya dahulu, lengkap dengan bilangan murid, kelas dan subjek, supaya tidak tersilap tekan.

28 Okt 2026

TambahbaikCadangan TP Lebih Tepat bila Bukti Sedikit

Satu karya atau satu kuiz tidak lagi menanggung sebahagian besar markah. Kerja bilik darjah kini dikira 20% bila ada satu bukti, 40% bila dua, dan 60% bila tiga atau lebih; selebihnya daripada peperiksaan. Setiap cadangan juga ada label Bukti cukup, Bukti sederhana atau Bukti sedikit. Bukti sedikit bermaksud bukti kerja sedikit dan berbeza jauh daripada markah peperiksaan, jadi elok disemak dahulu. Tekan label di atas jadual untuk tapis, dan Terima semua cadangan tidak menerima yang bertanda Bukti sedikit. Bagi PSV, ada suis baharu untuk mengira karya yang tidak dihantar selepas tarikh akhir; suis ini mati secara lalai.

TambahbaikMenu Baharu yang Lebih Mudah

Di komputer, semua menu kini tersusun di sebelah kiri skrin mengikut kumpulan Rekod dan Analisis, jadi Cikgu boleh terus nampak semua modul tanpa membuka menu lungsur. Tekan butang di sebelah tajuk halaman untuk mengecilkan menu menjadi ikon sahaja dan memberi lebih ruang kepada jadual. Di telefon, lima menu paling kerap (Utama, PBD, Token, Buku dan Kuiz) kini berada di bahagian bawah skrin, mudah dicapai dengan ibu jari. Menu lain ada di butang menu kiri atas. Kad di bawah menu menunjukkan tarikh tamat langganan Cikgu, dan loceng di bahagian atas bertanda titik kuning bila ada kemas kini baharu.

BaruNaik Kelas untuk Sesi Baharu

Bila sesi baharu bermula, naikkan semua kelas sekali gus. Pergi ke Tetapan, tab Kelas, dan tekan Mula Naik Kelas. Sistem mencadangkan nama baharu untuk setiap kelas, contohnya 5 Pearl jadi 6 Pearl. Kelas Tahun 6 (atau Tingkatan 5 bagi sekolah menengah) disimpan sebagai arkib dengan nama seperti 6 Ruby (2026), supaya murid lama dan murid baharu tidak bercampur. Cikgu boleh ubah mana-mana cadangan sebelum mengesahkan. Semua rekod lama ikut murid, termasuk PBD, peperiksaan, token, Semakan Buku, Bukti Kerja dan kuiz. TOV di Headcount untuk tahun baharu terisi sendiri daripada PBD Penggal 2 tahun lepas. Jika tersilap, tekan Batal naik kelas dalam tempoh 7 hari.

BaruPadam Kelas yang Sudah Tamat Pengajian

Kelas yang diarkibkan semasa Naik Kelas dipaparkan dalam kad Kelas tamat di Tetapan, tab Kelas. Rekodnya masih boleh dibuka seperti biasa. Bila tidak lagi diperlukan, tekan Padam untuk satu kelas atau Padam semua. Murid dan semua rekod kelas itu dipadam kekal, jadi Cikgu perlu menaip PADAM untuk mengesahkan. Kelas yang masih aktif tidak boleh dipadam dari kad ini.

27 Okt 2026

BaruKuiz: Had Masa Menjawab

Tetapkan masa untuk murid menyiapkan kuiz. Buka kuiz, pergi ke tab Token & tetapan, hidupkan Had masa menjawab, kemudian pilih 30, 45, 60 atau 90 minit, atau taip sendiri. Murid nampak jam undur di bahagian atas skrin dan amaran bila tinggal 5 minit. Bila masa tamat, jawapan dihantar secara automatik. Muat semula halaman tidak menetapkan semula masa. Kuiz tanpa had masa tidak berubah.

TambahbaikCadangan TP Pendidikan Seni Visual Ikut Hasil Karya

Bagi PSV, cadangan TP kini mengutamakan hasil karya murid: karya 80% dan kuiz 20%. Panel Sebab cadangan menunjukkan cara markah dikira. Cikgu juga diberitahu jika ada karya yang masih menunggu penilaian, atau karya yang sudah dinilai tetapi belum diberi gred.

BaruJana Semula Ulasan (Standard+)

Dalam tab 2 Cadangan TP, setiap ulasan AI kini ada butang Jana semula untuk mendapatkan versi baharu. Ulasan yang Cikgu tulis sendiri dilindungi: Cikgu perlu mengesahkan sekali sebelum ia diganti.

TambahbaikKeputusan Kuiz Lebih Jelas di Telefon

Dalam tab Keputusan kuiz, lajur Jumlah dan butang Semak kini sentiasa kelihatan di skrin telefon tanpa perlu menatal ke tepi.

26 Okt 2026

BaruCadangan TP: Usaha dan Ulasan

Halaman Cadangan TP kini ada tab 2. Kategori, Usaha dan Ulasan. Sistem mencadangkan tahap Usaha setiap murid berdasarkan rekod sebenar, dan Cikgu mengesahkannya dengan satu tekan atau tekan Terima semua cadangan Usaha. Bagi pelan Standard+, AI menulis ulasan satu perenggan berdasarkan rekod murid itu, dan Cikgu boleh menyunting atau menulis sendiri.

TambahbaikUlasan AI Lebih Tepat dan Mesra

Ulasan AI kini memanggil murid dengan nama pendek (tanpa bin atau binti), mengikut tahap Usaha yang Cikgu pilih, dan hanya menyebut perkara yang ada dalam rekod. Ulasan juga dihadkan supaya tidak terlalu panjang.

TambahbaikKuiz: Keputusan Diasingkan Ikut Kelas

Tab Keputusan kini memaparkan satu jadual bagi setiap kelas, lengkap dengan jumlah markah setiap murid dalam satu paparan.

24 Okt 2026

TambahbaikCalon TP6 dalam Cadangan TP

Tanda Calon TP6 kini turut diberi kepada murid yang cadangannya daripada rekod PBD dengan purata 5.0 ke atas, selain syarat token sedia ada. Sistem tidak memberi TP6 sendiri. Tanda ini membantu Cikgu mengenal pasti murid yang wajar dinilai untuk TP6.

23 Okt 2026

TambahbaikCadangan TP Kini Mengira Markah Peperiksaan

Cadangan TP kini menggabungkan kerja bilik darjah (60%) dan markah peperiksaan (40%), dan memberi satu TP untuk sepanjang tahun. Bukti kerja yang sudah dinilai di halaman Bukti Hasil Kerja juga terus dikira.

BaruSenarai Kuiz Ikut Subjek

Halaman Kuiz kini menyusun kuiz ikut subjek, ada kotak carian, dan memaparkan kelas yang sudah diberi kuiz itu. Cikgu boleh terus memberi kuiz kepada kelas dari kad kuiz.

BaikiSimpan Templat RPT

Templat RPT yang mengandungi kod SK atau SP yang panjang kini boleh disimpan seperti biasa.

22 Okt 2026

BaruCadangan TP Keseluruhan

Tekan butang Cadangan TP di halaman Rekod PBD atau di laman utama. Sistem mencadangkan TP keseluruhan setiap murid berdasarkan rekod PBD, bukti kerja, kuiz dan peperiksaan, lengkap dengan sebab cadangan. Cikgu boleh menerima satu demi satu, menukar TP, atau tekan Terima semua cadangan. Sistem hanya mencadang. Cikgu yang memutuskan TP setiap murid. TP yang disahkan diutamakan semasa eksport PBD.

BaruLaman Utama Baharu Ikut Kelas

Laman utama kini disusun ikut kelas, dengan perkara yang perlu diselesaikan dipaparkan dahulu, serta status TP keseluruhan setiap kelas.

21 Okt 2026

TambahbaikAkaun dan Bayaran Lebih Selamat

Selepas kata laluan ditukar, semua sesi lama di peranti lain dilog keluar. Bayaran kini sentiasa mengaktifkan pelan yang dibayar. Beberapa kemas kini keselamatan sistem juga dilaksanakan. Tiada perubahan pada cara Cikgu menggunakan e-Rekod.

19 Okt 2026

BaruMain di Kelas: Pemilih Nama Ajaib

Semasa kad nama atau roda sedang memilih, Cikgu boleh menaip beberapa huruf awal nama murid secara senyap, dan pemilih akan berhenti pada murid itu. Hidupkan suis Sebut nama (suara) di halaman kuiz untuk memilih dengan menyebut nama murid (Chrome atau Edge, perlu kebenaran mikrofon). Tanpa nama, pemilihan kekal rawak seperti biasa.

12 Okt 2026

BaruSatu Kuiz untuk Banyak Kelas

Satu kuiz kini boleh diberi kepada beberapa kelas. Di tab Kelas, pilih kelas dan tetapkan waktu buka dan tutup jika perlu. Setiap kelas mendapat pautan sendiri, boleh dibuka atau ditutup berasingan, dan keputusan dipaparkan ikut kelas. Main di Kelas juga boleh memilih kelas dan masa setiap soalan (15, 30, 45 atau 60 saat).

7 Okt 2026

BaikiPapan Kejayaan Portal Ibu Bapa

Bahagian Bukti Hasil Kerja di papan Kejayaan portal ibu bapa kini memaparkan bilangan murid yang sudah menghantar dengan betul.

6 Okt 2026

BaruMain di Kelas: Tolak Token Bila Salah

Pilihan baharu di tab Token & tetapan kuiz: tolak 1, 2 atau 3 token bila murid yang dipilih salah menjawab atau masa tamat. Lalai dimatikan, dan setiap tolakan boleh dibatalkan semasa bermain.

5 Okt 2026

TambahbaikPolisi Baharu: Akaun Tamat 30 Hari Akan Dipadam

Jika langganan tidak diperbaharui dalam 30 hari selepas tarikh tamat, kami akan menghantar e-mel amaran, dan akaun dipadam bersama semua datanya 3 hari selepas e-mel itu. Perbaharui langganan sebelum tarikh itu dan tiada apa-apa akan dipadam. Anda juga boleh memuat turun semua data anda (Excel) di halaman Langganan pada bila-bila masa, walaupun langganan sudah tamat. Terma dan Notis Privasi telah dikemas kini.

BaruKuiz: Main di Kelas dengan Kad Nama atau Roda

Mainkan mana-mana kuiz anda di projektor. Tekan Main di Kelas dalam halaman kuiz. Kad nama (atau roda, boleh tukar di bar atas) memilih murid sebenar kelas itu secara rawak, pasukan Lelaki dan Perempuan bergilir-gilir. Murid yang sudah dapat giliran dipudarkan. Murid menjawab secara lisan dan cikgu tekan jawapannya. Setiap jawapan betul memberi token terus ke Rekod Token murid itu (1, 2, 3, 5 atau 10 token, tetapkan di tab Token & tetapan kuiz), dan boleh dibatalkan jika tersilap tekan. Jawapan salah hanya menolak markah pasukan, bukan token murid. Jika masa 30 saat tamat, soalan dilepas kepada pasukan lawan dan roda diputar semula. Murid tidak perlu telefon.

BaruKuiz dengan Token (Standard+)

Cipta kuiz objektif untuk kelas anda di menu Rekod, Kuiz. Buat soalan dengan AI pilihan anda seperti biasa, tekan Salin Prompt dan tampal dalam perbualan AI itu, kemudian tampal jawapan AI ke dalam e-Rekod. Soalan bergambar disokong: muat naik, tangkap dengan kamera, atau tampal gambar terus. Murid menjawab melalui pautan atau QR dalam kelas (pilih nama dan masukkan 4 digit akhir MyKid), atau melalui portal ibu bapa di rumah. Markah dikira automatik dan cubaan pertama memberi token ke Rekod Token mengikut markah. Anda boleh ubah jumlah token setiap tingkat.

28 Ogos 2026

BaruSemakan Buku — Status Baru 'Hantar, Hampir Siap'

Sebelum ini, murid yang hantar buku dengan tinggal sikit sahaja belum siap dikira sama dengan murid yang banyak tidak siap, dan kedua-duanya ditolak 1 token. Sekarang ada status baru 'Hantar, Hampir Siap' yang diberi 1 token positif. Klik sel semakan seperti biasa, urutannya kini: Siap dan Kemas, Hampir Siap, Tidak Siap, Tidak Hantar, Tidak Hadir. Rekod lama anda tidak berubah langsung. Hasil cadangan daripada Cikgu.

BaikiSemakan Buku — Baris 'Jumlah Hantar' Tersalah Kira

Baris 'JUMLAH HANTAR' di bawah grid, dan baris sama dalam fail Excel yang dimuat turun, tidak mengira murid yang hantar buku tetapi belum siap. Contohnya satu lajur memaparkan 4 daripada 37 sedangkan sebenarnya 26 daripada 37 murid menghantar buku. Lajur setiap murid di sebelah kanan memang betul sejak dahulu, jadi hanya kiraan menegak yang terjejas. Semua angka kini dikira dengan cara yang sama di setiap tempat. Terima kasih kepada cikgu yang melaporkan.

TambahbaikPortal Ibu Bapa — Peratus Setiap Buku Kini Berlabel

Peratus pada setiap kad buku di portal ibu bapa sebelum ini tiada label, dan ia mengira dengan cara berbeza daripada kad ringkasan di atasnya. Kedua-duanya kini sama dan diberi label 'hantar', supaya ibu bapa tahu angka yang dibaca. Kad setiap buku juga memaparkan bilangan Hampir Siap.

23 Jul 2026

TambahbaikSemakan Buku — Statistik 'Jumlah Hantar' Baru

Statistik semakan buku kini lebih jelas dan adil. Lajur 'Hantar' dinamakan semula 'Lengkap' (murid yang hantar buku siap & kemas), dan ditambah satu lajur baru 'Jumlah Hantar' yang mengira hantar siap termasuk hantar tidak lengkap. Maksudnya, murid yang hantar buku tetapi belum siap kini turut dikira sebagai hantar — manakala murid Tidak Hadir dan Tidak Hantar tidak dikira. Kad ringkasan di bawah grid dan eksport Excel turut dikemaskini dengan statistik sama. Hasil cadangan daripada Cikgu.

BaikiPortal Ibu Bapa — Pilih Anak Betul Bila Nama Hampir Sama

Bagi ibu bapa yang anak mereka berkongsi nama hampir sama dan 4 angka terakhir IC yang sama dengan murid lain, skrin 'Pilih Anak' kini berfungsi dengan betul — ibu bapa boleh pilih anak sendiri terus tanpa tersekat. Nama murid lain dalam senarai pilihan turut dipaparkan secara terlindung untuk menjaga privasi setiap keluarga. Ibu bapa mengenal anak mereka melalui kelas yang dipaparkan.

22 Jul 2026

BaruPelan Langganan Tahunan (12 Bulan)

Kini ada pilihan langganan tahunan (12 bulan) selain pelan bulanan. Bayar sekali untuk setahun penuh — tak perlu risau terlepas pembaharuan setiap bulan, dan lebih menjimatkan berbanding bayar bulanan. Langganan tahunan meliputi baki musim PBD tahun ini dan diteruskan ke tahun hadapan. Untuk pengguna sedia ada yang menaik taraf ke tahunan: baki hari langganan semasa tidak hangus — ia ditambah kepada tempoh tahunan baru. Pilih di halaman Langganan → togol 'Tahunan'.

19 Jul 2026

TambahbaikPortal Ibu Bapa — Peningkatan Privasi & Keselamatan

Beberapa peningkatan keselamatan dan privasi telah dilaksanakan pada Portal Ibu Bapa untuk memastikan rekod dan maklumat murid sentiasa terlindung dan hanya boleh diakses oleh pihak yang dibenarkan. Tiada perubahan pada cara ibu bapa menggunakan portal — semuanya sama seperti biasa, cuma lebih selamat.

11 Jun 2026

BaruAI Ulasan Murid — Jana Draf Ulasan Keseluruhan Secara Automatik (Standard+)

Cikgu Standard+ kini boleh jana draf ulasan keseluruhan murid secara automatik terus daripada rekod sedia ada — pencapaian PBD, token sahsiah, semakan buku dan markah ujian. Buka menu 'Ulasan Murid', pilih kelas dan semester (PBD 1 / PBD 2), klik 'Jana Ulasan Kelas' untuk jana satu kelas sekali gus, atau 'Jana' untuk seorang murid. AI tulis 3-4 ayat dalam Bahasa Melayu yang natural — mula dengan kekuatan murid, kemudian bidang yang perlu fokus secara membina, tanpa sebut nombor TP. Setiap draf milik Cikgu sepenuhnya: boleh sunting, jana semula, atau eksport ke Excel. Murid yang belum ada rekod akan dipaparkan 'Tiada data'. Ulasan ini draf pembantu — sila semak dan sesuaikan sebelum guna untuk pelaporan rasmi.

BaikiIsi Auto TP dengan AI Lebih Pantas & Stabil

Fungsi 'Isi Auto dengan AI' pada Pengisian TP kini lebih laju kira-kira 4 kali ganda (dari ~7 saat ke ~2 saat) dan lebih jarang gagal dengan ralat 'Gemini API timeout', terutamanya untuk kelas yang ramai murid. Tiada perubahan pada cara guna — taip arahan seperti biasa, AI padankan nama dan TP dengan lebih pantas.

30 Mei 2026

TambahbaikPortal Ibu Bapa Lebih Selamat — Rekod Anak Lebih Terlindung

Peningkatan keselamatan supaya rekod setiap murid hanya boleh dilihat oleh ibu bapa murid itu sendiri. Selepas ibu bapa sahkan anak (nama + 4 angka terakhir IC), mereka hanya boleh akses rekod anak yang telah disahkan tu sahaja. Ibu bapa yang ada lebih dari seorang anak boleh berpindah antara rekod anak-anak dengan lancar, termasuk guna butang 'kembali' pelayar. Sesi portal juga kekal aktif selama 4 jam — tiada lagi terputus walaupun rekod dibaca lama. Tiada perubahan pada cara ibu bapa log masuk — semuanya sama seperti biasa, cuma lebih selamat.

20 Mei 2026

BaruCikgu Boleh Tengok Detail Token Murid Terus — Tanpa Portal Ibu Bapa

Sebelum ini, untuk lihat detail penuh token seorang murid (timeline kejadian, sejarah PBD, peperiksaan, semakan buku, bukti kerja), Cikgu terpaksa masuk Portal Ibu Bapa dan taip IC anak murid — workaround yang menyusahkan. Sekarang Cikgu boleh klik terus pada nama murid dari mana-mana halaman utama. Cari ikon ↗ kecil di sebelah nama murid di halaman Sahsiah atau Pengisian TP (PBD) → klik → masuk terus ke detail page. Semua maklumat sama dengan paparan ibu bapa, tapi tanpa kena masuk kod atau IC. Butang 'Kembali' auto bawa balik ke halaman asal (Sahsiah atau PBD). Cadangan beberapa Cikgu yang dah berbulan-bulan minta.

14 Mei 2026

BaruTD (Tidak Ditaksir) untuk Pengisian TP

Butang TD baru di sebelah butang TP 1-6 dalam halaman Pengisian TP. Guna untuk tanda murid yang sengaja tak ditaksir — contohnya murid tak hadir ke sekolah atau sertai aktiviti pada hari pentaksiran. Berbeza dari 'Belum dinilai' (yang bermakna belum sempat nilai). Bar kemajuan kira TD sebagai SP yang dah diuruskan, manakala purata TP keseluruhan tak masuk TD sebab tiada nilai numerik. Cikgu boleh tulis sebab dalam catatan (cth: 'Sertai Sukantara'). Badge TD akan dipaparkan di portal ibu bapa dan eksport Excel. Cadangan: Cikgu Rozita.

BaruCustom Mata untuk Token Sahsiah

Sebelum ini, butang Custom dalam token sahsiah hanya boleh pilih +1 / +3 / +5. Sekarang Cikgu boleh taip jumlah mata sendiri (1-100). Pergi Sahsiah → pilih Custom (Positif/Negatif) → pada dropdown mata, pilih 'Custom mata…' → taip nombor. Sesuai untuk Cikgu yang guna sistem sticker chart dengan pelbagai nilai mata. Papan Token auto-rank macam biasa. Cadangan: Cikgu Wan Faisal.

BaikiPengisian TP — Kiraan Murid Lebih Tepat

Bug: ada cikgu nampak kiraan murid TP seperti '44/42' (terlebih dari jumlah murid kelas). Punca: kiraan termasuk murid dari subjek lain yang ada rekod TP lama untuk SP yang sama. Sekarang kiraan tapis hanya murid yang enrolled dalam subjek yang dipilih. Selepas pembetulan ni, paparan TP akan tunjuk angka yang betul. Dilaporkan oleh: Cikgu Nurul Jannah.

BaikiGambar Projek Kumpulan Muncul dalam Tugasan Murid

Sebelum ini, bila Cikgu muat naik gambar kumpulan melalui tab 'Projek' (Bukti Hasil Kerja), gambar tu hanya kelihatan di tab Projek sahaja. Apabila Cikgu beralih ke tab 'Tugasan Murid' atau 'Hasil Kerja Murid', murid yang dapat gambar kumpulan tu tunjuk status 'Perlu Semak' tapi gambar tak muncul. Sekarang gambar shared akan muncul di semua tab dengan badge ungu 'Kerja Kumpulan' supaya Cikgu tahu ia kerja kumpulan, bukan kerja individu.

8 Mei 2026

BaikiTugasan Bukti Hasil Kerja Tapis Ikut Subjek (Bug Fix)

Sebelum ini, tugasan yang dicipta untuk subjek tertentu (contoh: Pendidikan Seni Visual) muncul juga bila Cikgu pilih subjek lain (contoh: Sejarah). Sekarang filter strict — tugasan keluar hanya dalam paparan subjek yang sepadan. Tugasan lama yang tidak ada subjek akan ada badge amaran kuning supaya Cikgu boleh kemaskini (lihat amaran di atas).

BaruEdit Subjek dalam Modal Edit Tugasan

Modal Edit Tugasan kini ada dropdown 'Subjek' — berguna untuk tugasan lama yang dicipta sebelum sistem support pilih subjek. Klik tugasan → ✏️ Edit → pilih subjek dari dropdown → Simpan. Semua bukti kerja murid kekal utuh.

BaruCatatan Per-Semakan di Semakan Buku

Dulu, catatan dalam semakan buku tersimpan untuk semakan paling baru sahaja — Cikgu ingat ia 'menyeluruh' tapi sebenarnya tertulis ganti tiap kali, catatan tarikh-tarikh lain hilang. Sekarang setiap semakan ada catatan tersendiri. Klik mana-mana cell tarikh untuk pilih status + tulis catatan untuk semakan TU sahaja. Cell yang ada catatan akan ada tanda titik kecil di sudut atas-kanan.

BaruCounter Sesi Semakan Buku

Banner di atas table tunjuk berapa banyak sesi semakan dah dibuat (contoh: '✨ 18 sesi semakan dah dibuat untuk Buku Aktiviti BM'). Setiap kolum tarikh ada nombor #1, #2, #3, ... — Cikgu boleh nampak terus berapa kali dah semak tanpa kira manual.

BaruMode Tanda Pantas vs Tanda + Catatan (Semakan Buku)

Pilih cara klik cell ikut situasi. ⚡ Tanda Pantas (default) — klik cell terus toggle status (Hantar → Tidak Lengkap → Tidak Hantar → Tidak Hadir → kosong), sesuai untuk batch marking ramai murid satu tarikh. 💬 Tanda + Catatan — klik cell buka popup, pilih status + tulis catatan, sesuai untuk semakan dengan komen. Pilihan disimpan di pelayar — tak payah pilih semula tiap kali masuk halaman.

TambahbaikSlot Pendaftaran Auto-Padam Selepas 24 Jam

Pengguna yang mendaftar tetapi tidak aktifkan akaun dalam tempoh 24 jam akan auto-padam. Slot dibuka semula automatik untuk cikgu lain yang menunggu. Pengguna sedia ada (Cikgu yang dah aktif) tidak terjejas — perubahan ini hanya untuk pendaftaran baru yang tidak diaktifkan.

4 Mei 2026

BaruRekod PBD Boleh Backdated — Pilih Tarikh Pentaksiran Sebenar

Cikgu yang baru langgan tapi dah jalankan PBD bulan-bulan lepas (contoh: Februari, Mac sebelum langganan bermula) kini boleh masukkan rekod dengan tarikh pentaksiran sebenar. Set tarikh di toolbar atas halaman PBD → klik TP seperti biasa → semua rekod disimpan dengan tarikh tu sehingga Cikgu tukar. Kalau silap tarikh, klik ikon kalendar pada rekod untuk tukar tanpa hilang TP. Berguna untuk audit dan rekod rasmi sekolah.

BaruPapan Token — Tapis Ikut Bulan (Portal Ibu Bapa)

Ibu bapa kini boleh tengok kedudukan anak mengikut bulan tertentu (contoh: April 2026 sahaja) atau keseluruhan. Pilih dari 'Keseluruhan', 'Bulan Ini', 'Bulan Lepas', atau bulan-bulan terdahulu yang ada rekod. Top 3 podium, senarai kedudukan, dan aktiviti terkini akan auto-update ikut tempoh dipilih. Tapisan sama tersedia di halaman detail anak.

BaikiMuat Naik RPT — Mesej Ralat Lebih Jelas

Sebelum ini, bila ada konflik semasa simpan RPT (contoh: template untuk subjek+tahun sama dah wujud), mesej ralat keluar generic 'Server Components render' yang mengelirukan. Sekarang Cikgu nampak punca sebenar — siapa upload template sedia ada, atau bila perlu refresh, atau bila kena tunggu cikgu lain selesai upload. Plus sistem auto-buang template Pending dari cikgu lain yang abandon lebih 14 hari.

BaikiAmaran 'Sepadan Subjek Lain' Tak Lagi Tunjuk 361%

Bila muat naik RPT untuk subjek baru, sistem tunjuk amaran kalau Standard Pembelajaran nampak sepadan dengan subjek lain (untuk elak Cikgu silap pilih subjek). Pengiraan sebelum ini buggy — boleh tunjuk 361% (mathematically impossible) sebab kira duplicate antara banyak template. Kini setiap kod SP dikira sekali sahaja per subjek — peratusan tepat dan amaran lebih bermakna.

BaikiRPT Komuniti — 1 Undi Tak Lagi Sembunyikan Template

Sebelum ini, kalau seorang cikgu vote 'Tidak Tepat' pada RPT komuniti yang baru di-upload, template tu auto-tersembunyi dari senarai walaupun cikgu lain belum sempat tengok atau vote. Sekarang sistem perlukan sekurang-kurangnya 3 undi negatif (dan undi negatif kena lebih dari undi positif) sebelum sorokkan template — bagi peluang community evaluate dengan adil.

29 April 2026

BaikiTanda Disemak di Bukti Hasil Kerja Tak Update Status

Untuk sebahagian rekod lama, butang 'Tanda Disemak' atau 'Buat Asal' di halaman Bukti Hasil Kerja menunjukkan toast 'Berjaya' tetapi status sebenarnya kekal tidak berubah. Sistem kini patch status sahaja tanpa proses semula gambar — pasti berjaya untuk semua rekod, termasuk yang lama.

BaikiCikgu PPKI Kini Boleh Setup Subjek dengan Lancar

Sebelum ini, cikgu yang mengajar kelas PPKI menghadapi dua halangan: (1) sistem tak cadang 'Pendidikan Islam PPKI' bila taip, dan (2) Tahun pentaksiran kosong bila kelas tak ada angka (contoh: kelas dinamakan 'PPKI' sahaja). Kedua-dua isu telah diselesaikan — Tahun 1-6 kini boleh dipilih secara manual untuk kelas PPKI.

BaikiRoster Murid Konsisten Antara Semua Halaman

Susulan refactor 28 April: paparan senarai murid di halaman PBD, Bukti Hasil Kerja, Semakan Buku, dan Tetapan → Urus Murid kini guna enrolmen yang sama. Sebelum ini sebahagian halaman masih tapis ikut kelas sahaja, menyebabkan murid Islam terkepil dalam senarai Moral (atau sebaliknya) untuk kelas bercampur.

BaikiPortal Ibu Bapa — Markah Subjek Lebih Tepat

Markah PBD dan Peperiksaan di portal ibu bapa kini tapis ikut enrolmen subjek + normalisasi nama subjek (contoh: 'PI' dan 'Pendidikan Islam' dilayan sama). Ibu bapa hanya nampak markah subjek yang anak mereka memang belajar.

28 April 2026 (malam)

BaruTab Baru: Pengurusan Murid per Subjek

Tab baru di Tetapan untuk guru yang ajar Pendidikan Islam + Pendidikan Moral pada kelas yang sama (atau subjek bercampur lain). Pilih kelas, kemudian tick/untick murid per subjek dalam paparan matrix. Berguna untuk asingkan murid Islam dari murid Moral, atau untuk kelas PPKI bercampur. Auto-simpan setiap kali tick.

TambahbaikPadam Murid Sekarang Lebih Pintar

Bila Cikgu padam murid yang aktif dalam beberapa subjek (contoh: Aliff dalam BM + Matematik + Pendidikan Islam), sistem tanya 'padam dari subjek ni je atau padam sepenuhnya?' Pilihan default 'subjek semasa sahaja' — selamatkan rekod subjek lain yang tak mahu dipadam. Cikgu yang ajar satu subjek je tak nampak perubahan apa-apa.

BaikiRoster Murid Tak Bercampur Antara Subjek

Sebelum ini, kalau Cikgu ajar dua subjek pada kelas yang sama, semua murid muncul dalam kedua-dua subjek (contoh: murid Islam terkepil dalam senarai Pendidikan Moral). Sistem kini support roster berasingan ikut subjek. Backfill automatik dah cipta enrolmen untuk semua murid sedia ada — Cikgu tinggal untick murid yang tak relevan dalam tab Enrolmen baru.

28 April 2026 (pagi)

BaikiToken Semakan Buku Sync Ke Portal Ibu Bapa

Sebahagian rekod Semakan Buku tidak dipaparkan dalam Rekod Token di portal ibu bapa walaupun guru telah tanda hantar/tidak hantar. Masalah ini telah diselesaikan — semua rekod kini muncul automatik. Ibu bapa boleh refresh portal untuk lihat token Semakan Buku yang sebelum ini tertinggal.

BaikiKiraan Token Semakan Buku Diselaraskan

Untuk guru yang mula guna Semakan Buku sebelum 17 April 2026, sebahagian token disimpan dengan nilai lama (Hantar +1, Tidak Hantar -1). Sistem kini selaraskan ikut nilai semasa: Hantar Siap & Kemas +5, Hantar tidak Siap -1, Tidak Hantar -3, Tidak Hadir 0. Token total murid mungkin berubah sedikit untuk menggambarkan kiraan yang betul.

TambahbaikSistem Token Semakan Buku — Sumber Tunggal

Token Semakan Buku kini dikira terus dari rekod buku, tanpa salinan berasingan. Apa yang guru tanda di Semakan Buku akan terus dipaparkan dalam Rekod Token (di halaman Sahsiah dan portal ibu bapa) tanpa risiko data berbeza antara dua tempat.

20 April 2026

BaruSkala Gred Menengah Rendah (T1-T3)

Skala gred rasmi KPM untuk Tingkatan 1-3 (A/B/C/D/E/F dengan tafsiran Cemerlang hingga Belum Mencapai Tahap Minimum) kini disokong. Guru Menengah Rendah boleh pilih skala preset ini di Tetapan → Peperiksaan → Skala Gred.

BaruSunting Skala Gred Secara Terus

Klik mana-mana gred dalam skala untuk edit markah minimum, maksimum, atau tafsiran — tak perlu padam dan buat semula. Tambah atau buang gred satu-satu ikut keperluan sekolah.

BaruAuto-Pilih Skala Ikut Tingkatan

Sistem kini auto-pilih skala gred yang betul berdasarkan kelas — Tingkatan 1-3 guna skala Menengah Rendah, Tingkatan 4-5 guna skala SPM, Tahun 1-6 guna skala KSSR. Tiada lagi silap markah sebab skala tak sepadan.

BaruTambahbaik RPT Komuniti

Nampak RPT komuniti yang tak lengkap atau ada salah ejaan? Klik butang 'Tambahbaik' untuk tambah, sunting, atau padam Standard Pembelajaran terus — perubahan dikongsi ke semua guru yang guna RPT sama. Tak perlu tunggu admin atau guru asal yang upload.

TambahbaikSunting Terus di Senarai Pentaksiran

Ikon pensel (sunting) dan tong sampah (padam) kini selalu nampak pada setiap Standard Pembelajaran di Senarai Pentaksiran — tak perlu hover. Lebih senang edit nama, tajuk, atau Standard Kandungan mana-mana pentaksiran sedia ada.

TambahbaikSunting Standard Kandungan Sekali Gus

Butang 'Sunting SK' baru di sebelah setiap Standard Kandungan di Senarai Pentaksiran — edit sekali, terus kemaskini semua Standard Pembelajaran dalam kumpulan sama. Elakkan data berpecah bila Standard Kandungan dikongsi merentasi banyak Standard Pembelajaran.

BaikiSenarai Pentaksiran Paparkan Standard Kandungan Penuh

Ruangan Standard Kandungan di Senarai Pentaksiran sebelum ini tertulis '(Tiada SK)' walaupun data wujud — sekarang dah dipaparkan dengan betul.

BaruPakej Langganan di Laman Utama

Cikgu kini boleh tengok pakej Standard (RM17/bulan) dan Standard+ (RM22/bulan) terus di laman utama sebelum mendaftar. Senarai ciri-ciri setiap pakej dipaparkan dengan jelas — pilih pakej yang sesuai sebelum daftar.

BaikiLaman Utama — Buang Maklumat Tidak Tepat

Teks 'cuba percuma 3 hari' dan 'terhad 30 guru terawal' telah dibuang dari seksyen pendaftaran — maklumat ini sudah tidak relevan sebab sistem dah guna pendaftaran langsung dan kapasiti pengguna telah dikemaskini.

BaikiLaman Log Masuk — Teks Dikemaskini

Pautan 'Sertai Senarai Menunggu' di laman log masuk (konsep waitlist sebelum pelancaran) telah ditukar kepada 'Daftar Sekarang' — terus membawa ke borang pendaftaran.

17 April 2026

BaruPeperiksaan (Headcount) di Portal Ibu Bapa

Guru kini boleh buka-tutup paparan markah peperiksaan untuk ibu bapa melalui Tetapan → Tetapan Am. Bila dibuka, ibu bapa akan nampak tab 'Peperiksaan' baru di portal anak mereka dengan markah setiap subjek.

BaruPenilaian Token untuk Projek Kumpulan

Projek kumpulan kini boleh diberi gred: Perlu Diperbaiki (+1 token), Memuaskan (+3 token), atau Cemerlang (+5 token). Semua ahli kumpulan automatik dapat token yang sama sekali klik.

BaruSemakan Buku — 4 Status & Sistem Token Baru

Status diperkemas: Hantar Siap & Kemas (+5 token), Hantar tidak Siap (−1), Tidak Hantar (−3), dan Tidak Hadir (0 — neutral). Token dikira ikut keseriusan, adil untuk murid dan memberi penghargaan kepada kerja yang kemas.

BaruCatatan Semakan Buku

Column catatan baru di sebelah nama murid — tulis nota pendek untuk ibu bapa (contoh: 'Tulisan semakin kemas, teruskan!'). Catatan turut dipaparkan di portal ibu bapa.

BaruTukar Tarikh Semakan Buku

Tersilap tarikh? Butang 'Tukar Tarikh' baru membolehkan anda kemaskini tanpa kehilangan rekod — semua semakan, catatan dan token ikut berpindah ke tarikh baru secara automatik.

TambahbaikFilter Subjek di Portal Ibu Bapa (Semakan Buku)

Kalau guru mengajar beberapa subjek untuk kelas sama, ibu bapa kini boleh filter paparan buku ikut subjek — tak lagi bercampur-campur.

TambahbaikSatu Gambar Untuk Semua Ahli Kumpulan (Storage Optimized)

Gambar projek kumpulan kini disimpan sekali sahaja dan dikongsi antara semua murid yang terlibat — elakkan duplikasi storan dan mempercepatkan muat naik.

14 April 2026

BaruProjek — 1 Gambar Untuk Ramai Murid

Buat kerja kumpulan? Kini boleh pilih beberapa murid sekaligus dan muat naik 1 gambar — sistem rekod untuk semua secara automatik. Tab 'Projek' baru di halaman Bukti Hasil Kerja.

TambahbaikBadge 'Kerja Kumpulan' di Portal Ibu Bapa

Bila guru muat naik kerja kumpulan, ibu bapa akan nampak badge biru '🤝 Kerja Kumpulan' pada gambar — supaya tahu ia bukan kerja individu anak mereka.

TambahbaikAmaran Bayaran Tertunggak Dengan Countdown

Kalau bayaran tertunggak, banner kini tunjuk 'N hari lagi sebelum akses disekat' — bagi lebih awareness untuk selesaikan pembayaran sebelum terlewat.

9 April 2026

TambahbaikPaparan Mobile PBD Lebih Luas

Menu filter kini boleh discroll dan diganti dengan bar ringkasan nipis di bahagian atas — senarai murid lebih nampak di skrin telefon.

BaikiPadam Pengguna Dengan Rekod Pembayaran

Masalah tidak dapat memadam akaun yang mempunyai rekod pembayaran telah diselesaikan.

8 April 2026

BaikiCetakan Excel PBD Kini Lengkap

Eksport Excel Rekod PBD kini memaparkan data TP yang telah diisi — sebelum ini fail Excel keluar kosong untuk subjek tertentu seperti BM, BI, PI dan lain-lain.

7 April 2026

TambahbaikNama Murid Penuh di Semakan Buku

Nama murid kini dipaparkan sepenuhnya tanpa dipotong — lebih mudah mengenal pasti murid terutama yang mempunyai nama hampir sama.

TambahbaikPaparan Mobile Semakan Buku Lebih Selesa

Jadual semakan buku kini lebih mesra mobile — nama murid kekal kelihatan semasa scroll, dan ruang untuk tanda semakan lebih luas.

3 April 2026

BaruMurid Dikongsi Antara Subjek

Tambah kelas yang sama untuk subjek lain? Murid dikesan secara automatik — tak perlu masuk semula.

TambahbaikHalaman Langganan Standard+

Senarai ciri Standard+ kini lebih lengkap dan jelas.

TambahbaikTetapan Kemajuan Auto-Refresh

Progress bar di halaman Tetapan kini dikemaskini serta-merta selepas tambah atau padam data.

BaikiHad Pendaftaran Pengguna

Akaun yang telah dipadam tidak lagi dikira dalam had maksimum pengguna.

BaikiLogin Redirect Tepat

Pengguna baru kini terus dibawa ke halaman setup tanpa gangguan.

BaikiPadam Kelas Selamat

Padam kelas kini turut memadam murid berkaitan. Jika kelas diguna oleh subjek lain, murid kekal selamat.

BaikiHalaman Pembayaran Disahkan

Halaman kejayaan pembayaran kini mengesahkan status sebenar dari sistem sebelum memaparkan keputusan.

30 Mac 2026

BaruGuru Upload Hasil Kerja Murid

Guru boleh muat naik hasil kerja murid (gambar/dokumen) terus ke sistem. Ibu bapa boleh lihat melalui Portal Ibu Bapa di rekod anak masing-masing.

BaruPadam RPT Komuniti Sendiri

Guru kini boleh memadam template RPT yang mereka kongsikan ke komuniti.

29 Mac 2026

BaruLupa Kata Laluan

Guru boleh reset kata laluan melalui emel jika terlupa.

BaruSokongan Subjek Menengah

Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Prinsip Perakaunan dan 15+ subjek menengah lain kini disokong.

BaikiKestabilan Pangkalan Data

Masalah sambungan pangkalan data semasa ramai pengguna aktif serentak telah diselesaikan.

BaikiPertukaran Kelas Dalam Rekod PBD

Masalah tidak dapat menukar antara dua kelas dalam subjek yang sama telah diselesaikan.

BaruHalaman Kemaskini Sistem

Pengguna kini boleh melihat senarai penambahbaikan dan pembaikan terkini melalui halaman Kemaskini.

27 Mac 2026

BaikiSK/SP Tahun Bercampur

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran kini ditapis mengikut tahun dengan betul.

TambahbaikTemplate BM Tahun 1 Disahkan

Template Bahasa Melayu Tahun 1 (30 item) telah disahkan 100% tepat.

26 Mac 2026

BaruSistem e-Rekod Dilancarkan

Pelancaran rasmi kepada 30 guru batch pertama. Semua modul asas tersedia: PBD, Sahsiah, Semakan Buku, Bukti Hasil Kerja, Peperiksaan, dan Portal Ibu Bapa.

Ada cadangan? Hubungi kami di Telegram