Terma Penggunaan

Terma & Syarat

Terma & Syarat Penggunaan e-Rekod

Kemas kini terakhir: 1 September 2026

Halaman ini menerangkan syarat penggunaan e-Rekod. Dengan mendaftar akaun atau menggunakan perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan terma di bawah.

Siapa mengendalikan e-Rekod

e-Rekod dikendalikan oleh AIME EDUTECH (No. Pendaftaran Perniagaan JM1048802-W), sebuah perniagaan milikan tunggal berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Perniagaan ini dimiliki dan dijalankan oleh seorang guru sekolah rendah yang masih mengajar.

Apa yang e-Rekod sediakan

e-Rekod ialah alat bantu rekod untuk guru — PBD, peperiksaan, sahsiah, semakan buku dan bukti hasil kerja murid. Ia alat persendirian, bukan sistem rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, dan tidak menggantikan mana-mana sistem rasmi yang anda diwajibkan guna.

Rekod yang anda simpan dalam e-Rekod ialah salinan kerja anda sendiri. Anda bertanggungjawab memastikan rekod rasmi sekolah kekal dikemas kini mengikut arahan sekolah, PPD dan JPN masing-masing.

Akaun anda

Akaun e-Rekod adalah untuk kegunaan seorang guru. Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan anda dan semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda.

Jangan berkongsi akaun dengan guru lain. Setiap guru memegang data murid yang berbeza, dan perkongsian akaun bermakna data murid anda terdedah kepada orang yang tidak sepatutnya melihatnya.

Beritahu kami dengan segera jika anda mengesyaki akaun anda diakses tanpa kebenaran.

Langganan & pembayaran

e-Rekod ditawarkan secara langganan. Pelan, tempoh dan harga semasa dipaparkan pada halaman Langganan. Harga di halaman itu ialah harga yang sah pada masa anda membayar.

Pembayaran diproses melalui gateway pembayaran pihak ketiga (FPX dan DuitNow). Kami tidak menyimpan nombor kad atau butiran perbankan anda.

Pembaharuan adalah manual. Setakat kemas kini terakhir halaman ini, tiada potongan automatik berulang. Langganan anda tidak akan diperbaharui sendiri dan tiada wang akan ditolak tanpa anda memulakan pembayaran. Kami menghantar peringatan e-mel sebelum tarikh tamat.

Selepas tarikh tamat, akses kepada ciri berbayar akan berhenti, tetapi data anda masih disimpan dan muat turun data anda sendiri kekal tersedia.

Jika langganan tidak diperbaharui dalam 30 hari selepas tarikh tamat, akaun anda akan dipadam bersama semua datanya. Kami akan menghantar e-mel amaran ke alamat berdaftar anda, dan akaun dipadam 3 hari selepas e-mel itu jika langganan masih belum diperbaharui. Pemadaman ini kekal dan tidak boleh diundur. Rekod bayaran anda disimpan berasingan untuk tujuan perakaunan.

Bayaran balik

Bayaran balik dipertimbangkan untuk kes tertentu seperti caj berganda dan ralat teknikal. Butiran penuh, termasuk cara memohon dan apa yang tidak layak, ada pada halaman Polisi Bayaran Balik.

Data murid

Data murid yang anda masukkan ialah data sekolah anda. Cara data disimpan, siapa boleh melihatnya dan apa pilihan anda diterangkan dalam Notis Privasi.

Anda bertanggungjawab memastikan penggunaan e-Rekod selaras dengan pekeliling sekolah anda serta mana-mana kebenaran yang diperlukan di pihak anda.

Penggunaan yang tidak dibenarkan

Anda bersetuju untuk tidak:

  • memasukkan data murid yang bukan di bawah tanggungjawab anda sebagai guru;
  • cuba mengakses akaun, kelas atau data guru lain, termasuk melalui pautan atau pengecam yang diteka;
  • menjual semula, menyewakan atau memberi akses akaun anda kepada pihak lain;
  • mengganggu operasi perkhidmatan, termasuk cubaan menembusi kawalan keselamatan atau membebani sistem secara automatik.

Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini, terutamanya apabila data murid guru lain berisiko.

Ketersediaan perkhidmatan

Kami berusaha memastikan e-Rekod tersedia dan berfungsi, tetapi kami tidak menjanjikan perkhidmatan tanpa gangguan. Gangguan boleh berlaku disebabkan penyelenggaraan, kegagalan penyedia pihak ketiga, atau perkara di luar kawalan kami.

Kerana itu, e-Rekod tidak sepatutnya menjadi satu-satunya tempat rekod penting anda disimpan. Muat turun data anda dari semasa ke semasa.

Penamatan

Anda boleh berhenti menggunakan e-Rekod pada bila-bila masa. Anda juga boleh meminta akaun anda dipadam — lihat Notis Privasi untuk kesan pemadaman.

Sebelum memadam akaun, muat turun data anda dahulu. Pemadaman membuang rekod murid yang berkaitan, dan ia tidak boleh diundur selepas tempoh pemulihan tamat.

Perubahan terma

Terma ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terakhir sentiasa dipaparkan di atas halaman ini.

Kalau perubahan itu besar — contohnya cara pembayaran berubah secara asas — kami akan memberitahu melalui e-mel, bukan sekadar menukar halaman ini secara senyap.

Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Halaman ini bukan nasihat guaman.

Hubungi kami